Selamat berjuang adik-adik ku!!!

Calon SPM, STPM hadapi peperiksaan esok 
 



 
KOTA BHARU - Seramai 38,919 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 7,113 calon Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM) di Kelantan bakal menghadapi peperiksaan tersebut esok.

Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman berkata, calon SPM akan menduduki peperiksaan berkenaan pada 281 pusat peperiksaan.

“Pada tahun ini, seramai 23 calon kurang upaya (OKU) akan menghadapi SPM di Maktab Sultan Ismail (SIC), SMK Kota, Ketereh, Pintu Geng, Kemumin, Kubang Kerian dan Tanjong Mas.

“Seramai sembilan calon yang mempunyai pelbagai kesalahan bakal menduduki peperiksaan SPM di Pusat Pemulihan Penjara Machang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tiga calon SPM akan menduduki peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Bagi calon STPM, mereka akan menduduki peperiksaan pada 54 pusat peperiksaan di negeri ini.

Menurutnya, empat calon istimewa (OKU) turut mengambil bahagian dalam peperiksaan STPM di SMK Wakaf Bharu (Tumpat), SMK Machang, SMK Sri Aman (Pasir Puteh) dan SMK Gunong (Bachok).

Ditanya mengenai persediaan pihak jabatan berhubung banjir, beliau berkata, JPN sudah menubuhkan pusat alternatif dengan membuat senarai lengkap pusat penempatan calon peperiksaan.

“Sebagai contoh, calon di SMK Kedai Buloh, apabila berlaku banjir, mereka akan kekal berada di sekolah berkenaan tetapi ditempatkan di tingkat atas bangunan sekolah.

“Bagi SMJK (C) Chung Hwa akan ditempatkan di SK Sultan Ismail 1, SMK Kota Bharu akan berpindah ke SK Langgar, Kota Bharu memandangkan pada ketika itu murid telah bercuti akhir tahun selama tujuh minggu,” katanya.

Sementara itu, bagi calon dari SMK Chabang Empat, Tumpat, calon yang tinggal berdekatan sekolah dan kawasan banjir seperti di Kampung Bendang Pa’ Yong, pihaknya mengarahkan pengetua menempatkan calon tinggal asrama.

Katanya, antara sekolah lain yang dikenalpasti iaitu di Pasir Mas seperti SMK Pasir Mas, SMK Meranti dan SMK Gual Periok._Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

RAJA BUDAK

Raja Budak

Bloggers Kelantan

DISCOVERY OF KELANTAN

DISCOVERY OF KELANTAN
the finest discovery of kelantan (klik foto)

Asakelate. Net

Bloggers United

Bloggers United

I Luv Islam

Saya Anak Malaysia

Saya Anak Malaysia

Peaceblogs

Suatu Masa

Pelawat

Buku Pelawat

Jom kita ym!!

Kelate.net

Copyright © 2009*rajabudak*