Bahang Pertarungan Kian Terasa

 Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Habis Dijual


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini telah pun habis dijual.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata sebanyak 85,000 tiket dijual termasuk 10,000 tiket yang dijual dalam masa sejam sahaja di Stadium Nasional yang habis pagi Jumaat.

"Kita sebelum ini telah memberikan sebanyak 75,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) seperti yang ditempah untuk dijual di negeri masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 2,000 penyokong kedua-dua pasukan gagal mendapatkan tiket untuk perlawanan itu.

"Kita akan cuba berbincang dengan penaja untuk mendapatkan tayangan skrin gergasi di luar stadium," kata Azzuddin.

Perlawanan akhir edisi ke-84 piala yang paling berpestij di dalam saingan Liga Malaysia itu akan berlangsung pada pukul 8.45 malam. _Bernama



 

Leia Mais...

Serap Tekanan_Red Warriors





 
Pemain perlu bijak kawal tekanan



KECEWA mereka sudah tersimpan hampir 40 tahun. Kini, empat pemain Kelantan yang kalah pada final Piala Malaysia 1970 lalu mahu hampa mereka dihapuskan anak buah B Sathianathan pada aksi kemuncak di Stadium Nasional, Sabtu ini.

Namun, di sebalik ghairah yang dirasai ketika ini, kata nasihat turut diberi supaya emosi dan rentak permainan turut dipelihara demi memastikan Negeri Sembilan tidak bergelar juara.

“Kami kalah 0-2 kepada Singapura di separuh akhir pertama tetapi bangkit membelasah mereka 8-0 di tempat sendiri. Cuma kekalahan di final amat memeritkan kami sampai bila-bila,” kata bekas pemain sayap, Nik Salleh Nik Man, 65.



Mahadi Yusof, 64, pula mahu pemain Kelantan bijak mengawal tekanan dan tidak dipengaruhi gelagat penyokong lawan yang ada kalanya sengaja melakukan sesuatu untuk mencetuskan kemarahan mereka.



Nasihat sama diberikan bekas penjaga gol, Nik Sazali Nik Jaafar, 60, kepada Halim Napi.

“Saya harap Halim fokus dan jangan layan provokasi pihak lawan yang mahu dia hilang tumpuan dan marah,” katanya.

Bek kiri pada 1970, Husin Idris, 63, pula mahu pemain membalas kepercayaan pengurusan dan kerajaan negeri yang memberikan pelbagai ganjaran untuk membakar kesungguhan mereka._ Bharian

Leia Mais...

Lautan Merah_The Red Warriors

‘LAUTAN merah’ bakal membanjiri Stadium Nasional, Sabtu ini, apabila lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir buat menyokong pasukan itu dalam misi menamatkan penantian bergelar juara Piala Malaysia.

Angka itu, menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, dijangka bertambah jika mengambil kira kehadiran penyokong The Red Warriors di Lembah Klang.

“Kafa meminta tambahan 15,000 tiket daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) selepas 40,000 tiket yang diperuntukkan, sudah habis dijual dalam tempoh dua hari.

“Berdasarkan jualan setakat ini, dan tambahan baru itu, kira-kira 56,000 tiket sudah dalam tangan penyokong Kelantan, belum termasuk mereka yang membelinya secara terus di Stadium Nasional nanti.

“Saya harap penyokong hadir memberi sokongan dengan semangat kesukanan tinggi. Jangan jadikan jumlah besar ini mengganggu perlawanan yang dijangka sengit.

“Kita perlu tunjukkan semangat tinggi supaya tidak cacatkan malam bersejarah rakyat Kelantan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan 1,000 tiket kepada pemain rem

‘LAUTAN merah’ bakal membanjiri Stadium Nasional, Sabtu ini, apabila lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir buat menyokong pasukan itu dalam misi menamatkan penantian bergelar juara Piala Malaysia.

Angka itu, menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, dijangka bertambah jika mengambil kira kehadiran penyokong The Red Warriors di Lembah Klang.

“Kafa meminta tambahan 15,000 tiket daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) selepas 40,000 tiket yang diperuntukkan, sudah habis dijual dalam tempoh dua hari.

“Berdasarkan jualan setakat ini, dan tambahan baru itu, kira-kira 56,000 tiket sudah dalam tangan penyokong Kelantan, belum termasuk mereka yang membelinya secara terus di Stadium Nasional nanti.

“Saya harap penyokong hadir memberi sokongan dengan semangat kesukanan tinggi. Jangan jadikan jumlah besar ini mengganggu perlawanan yang dijangka sengit. _ Bharian

“Kita perlu tunjukkan semangat tinggi supaya tidak cacatkan malam bersejarah rakyat Kelantan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan 1,000 tiket kepada pemain remaja sekolah di Kelantan serta bekas pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 1970 - kali terakhir negeri itu mara ke aksi kemuncak.

Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan tiket untuk 1,000 penyokong yang mahu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

“Saya juga nasihatkan pengusaha-pengusaha bas supaya tidak mengenakan caj keterlaluan untuk penyokong yang mahu ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu keceriaan penyokong terjejas,” katanya.

aja sekolah di Kelantan serta bekas pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 1970 - kali terakhir negeri itu mara ke aksi kemuncak.

Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan tiket untuk 1,000 penyokong yang mahu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

“Saya juga nasihatkan pengusaha-pengusaha bas supaya tidak mengenakan caj keterlaluan untuk penyokong yang mahu ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu keceriaan penyokong terjejas,” katanya. _Bharian 



 

Leia Mais...

Indra Tonggak Utama Red warriors


AYAM tambatan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Lebih membanggakan apabila Indra turut diumumkan sebagai Penyerang Terbaik.

Kejayaan itu pastinya memberi suntikan semangat buat Indra, 28, menjelang final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

"Satu penghargaan dapat memenangi anugerah ini dan ia secara tidak langsung memberi lonjakan semangat kepada saya menjelang final Sabtu ini," kata Indra yang pernah beraksi untuk Perak, Pahang dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan musim ini.

Selaku penerima anugerah Pemain Paling Bernilai, Indra merangkul trofi serta hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Bagaimanapun, Indra diwakili pengurus Kelantan, Azman Ibrahim kerana dia masih menjalani latihan di Kota Bharu.


Anugerah-anugerah lain pula menyaksikan Penjaga Gol Terbaik dimenangi Farizal Marlias dari Perlis, Pertahanan Terbaik dimenangi Aidil Zafuan Radzak (Negeri Sembilan), Pemain Tengah Terbaik dimenangi Amri Yahyah (Selangor) dan Pemain Harapan dimenangi Muslim Ahmad (Harimau Muda).

Baki empat lagi anugerah iaitu Jurulatih Terbaik dimenangi K. Devan (Selangor), Persatuan Bola Sepak Terbaik dimenangi Selangor, Kelab Terbaik dimenangi Johor FC dan Kelab Penyokong Terbaik dimenangi KL Plus.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sistem pemilihan tahun ini menerusi panel pengadilan dilihat lebih realistik berbanding undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para peminat seperti dilakukan sebelum ini.

"Saya berpendapat sistem secara panel daripada wakil FAM, media dan 100PLUS ini lebih realistik. Anugerah seumpama ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi para pemain tempatan untuk dipilih menjadi yang terbaik.

"Diharap anugerah ini dapat diadakan secara berterusan setiap tahun pada masa akan datang," kata Azzuddin._Kosmo

Leia Mais...

Tahun Kegemilangan Bola Sepak Kelantan






PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meletakkan sasaran menjuarai tiga piala dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran tersebut disandarkan kepada kejayaan Kelantan melangkah ke final Piala Malaysia musim ini selain muncul naib juara Piala FA.

Katanya, peluang Kelantan mencipta sejarah dengan menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan menjuarai Liga Super musim depan agak cerah.

"Bagi tujuan tersebut, Kafa akan membentuk sebuah pasukan yang terkuat bagi menghadapi saingan musim depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan 1,001 Tiket Kepada Tetamu Kafa sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Wisma Sukan, Kota Bharu semalam.

Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pada masa yang sama, Annuar berkata, Kafa mengisyatiharkan Tahun 2010 sebagai Tahun Bola Sepak Negeri Kelantan.

Jelasnya, beberapa program akan disusun di seluruh negeri sepanjang tahun depan.

"Kafa juga akan menganjurkan ceramah, seminar dan forum berkaitan dengan bola sepak.

"Kafa mengharapkan program yang dirancang mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan negeri," ujarnya._ Kosmo


Leia Mais...

Kaji kelemahan lawan_B Sathianathan


Sathia manfaat semua bakat






KEBELAKANGAN ini jurulatih Kelantan, B Sathianathan gigih mengkaji corak permainan Negeri Sembilan bagi tujuan merancang aspek gerak balas buat bekalan pemainnya dalam sesi latihan sebelum menyahut cabaran final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Dia akur lawan yang bakal ditemui dibarisi pemain berpengalaman dan berbahaya seperti Mohd Zaquan Adha dan Hairuddin Omar, yang bijak mencuri peluang jika pemain Kelantan alpa dan gagal membayangi kelibat mereka.

“Untuk menangani kemaraan Negeri Sembilan saya akan mengasah kebolehan semua pemain Kelantan supaya mampu beraksi di mana jua posisi mereka berada dan setakat ini taktik digunakan itu mula menunjukkan hasil.

“Sebagai contoh pemain seperti Daudsu Jamaluddin yang sebelum ini bermain di posisi penyerang, diletakkan di posisi pertahanan dan dia berjaya menunjukkan corak permainan terpuji.

“Apa perlu dilakukan sekarang adalah mengenal pasti kekuatan dan kelebihan setiap pemain supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya pasukan,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Mengulas posisi serangan Kelantan, Sathia menjelaskan, setakat ini beliau tidak pernah menetapkan jumlah penyerang yang tetap sebaliknya akan menyusun mengikut keperluan antara satu sehingga tiga penyerang.

Katanya, sebagai contoh, dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Perlis di Kangar, dia hanya membuat pertukaran di bahagian serangan ketika ada yang beranggapan dia akan menguatkan barisan pertahanan dan bermain corak bertahan.

“Dalam perlawanan, kita perlu melihat perancangan dilakukan lawan dan mengkaji corak permainan mereka terlebih dahulu.

“Saya adalah jurulatih yang suka mengkaji pasukan lawan sebelum mencari kekuatan dalam pasukan saya untuk digunakan di bahagian yang lemah,” katanya._Bharian

Leia Mais...

Kelantan mungkin cuti_Red Warriors




KOTA BHARU, 3 Nov:Kerajaan Kelantan mungkin mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Perkara itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri esok.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian.

"Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, khususnya dari Kelantan,"ujarnya.

Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya.

"Walaupun kita belum pasti adakah kita akan menjadi juara pada malam itu, namun cuti tetap akan diberikan pada hari Ahad ini atas sebab-sebab sedemikian,"ujarnya.

Sambungnya, mudah-mudahan dengan cuti yang diberikan oleh kerajaan negeri, para penyokong khususnya yang sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil akan pulang dengan tenang dan selamat.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kerana telah berjaya melangkah gagah ke peringkat akhir.

Beliau juga berharap, dengan prestasi yang semakin meningkat itu skuad Kelantan diharap mampu menjuarai perlawanan peringkat akhir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui berkata, dianggarkan hampir 50,000 penyokong Kelantan akan memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Sebelum ini Tuan Guru telah mengikuti perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV berkesudahan pasukan merah putih itu menang dengan 2-0.

Perlawanan kedua separuh akhir antara Kelantan menentang Perlis itu juga sekali lagi skuad 'Red Warriors' berjaya menewaskan Perlis dengan 3-1.

Anggota-anggota exco kerajaan negeri termasuk Datuk Husam Musa dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan. _

Leia Mais...

Cepat sebelum kehabisan tiket_The Red Warriors




FINAL Piala Malaysia 2009 antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini bakal menjanjikan kemeriahan.

Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mencetak sebanyak 85,000 keping tiket untuk perlawanan penutup musim Liga Bola Sepak Malaysia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM20 untuk semua tempat duduk dan RM5 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

"Tiket final dicetak sebanyak 85,000 keping dengan 30,000 keping telah ditempah oleh Kelantan dan 20,000 keping ditempah Negeri Sembilan.

"Baki 35,000 keping akan dijual di Stadium Nasional pada Jumaat ini bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam dan pada hari Sabtu pula ia akan mula dijual pada pukul 10 pagi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional pagi semalam.

Che Mat bagaimanapun menjangkakan 85,000 keping tiket yang dicetak itu tidak dapat menampung jumlah penyokong kedua-dua pasukan dan bersedia untuk menyediakan skrin besar di luar stadium bagi yang gagal mendapatkan tiket.

"Saya yakin final kali ini yang merupakan perlawanan kemuncak Liga Malaysia 2009 ini akan dibanjiri ramai penyokong kedua-dua pasukan. Saya bimbang tiada ruang untuk mereka yang datang dari jauh.

"Andai itu berlaku, kita akan pasang skrin besar di luar stadium bagi memastikan para penyokong terbabit tidak pulang kecewa," jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut menghadiri mesyuarat tersebut mengharapkan para penyokong yang akan hadir ke Stadium Nasional pada Sabtu ini supaya menjaga disiplin dan tidak membawa masuk barang larangan seperti mercun, bunga api dan botol minuman ke dalam stadium.

Dianggarkan lebih 1,000 anggota keselamatan bakal ditempatkan di dalam dan luar stadium pada Sabtu ini berdasarkan jumlah 1,200 anggota ketika final Piala FA pada April lalu dan 1,600 anggota perlawanan persahabatan bertemu Manchester United pada Julai lalu.

Leia Mais...

RAJA BUDAK

Raja Budak

Bloggers Kelantan

DISCOVERY OF KELANTAN

DISCOVERY OF KELANTAN
the finest discovery of kelantan (klik foto)

Asakelate. Net

Bloggers United

Bloggers United

I Luv Islam

52 Years Merdeka

Saya Anak Malaysia

Saya Anak Malaysia

Peaceblogs

KLKM USM

Takwim Islam

Suatu Masa

Pelawat

Buku Pelawat

Jom kita ym!!

Kelate.net

Copyright © 2009*rajabudak*